24 Feb 2012

Siapakah Dajjal?

Share on :
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. 
Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai 
manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti 
halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit 
dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya 
turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan 
di kuburkan di MadinahAl Munawwarah. Sama juga halnya 
dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamatnanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya 
seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang 
perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam
 Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan 
bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn 
“syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup 
di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan 
dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia 
akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. 
Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa 
kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. 
telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta 
matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya 
serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. 
Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya 
pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan 
dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:

Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan 
Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya
 kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang 
seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan 
seperti buah kismis yg kecut, 
manakala mata kanannya tertonjol keluar 
kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. 
Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: 
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. 
Tulisan ini dapat dibaca 
oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai 
membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat 
At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma 
dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai 
Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg 
terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab 
“Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud 
ejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau 
dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama 
“Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. 
(tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh 
membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini 
jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada 
dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah 
swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini 
dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah 
Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan 
cabarannya kepada umat ini, selama 
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, 
hari pertamanya adalah sama dgn setahun 
dan hari kedua sama dengan 
sebulan dan ketiga sama dengan 
satuminggu dan hari-hari baki lagi sama 
seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan 
masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan 
itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis 
riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa 
lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? 
Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama 
empat puluh hari. Hari yg pertama seperti 
setahun dan hari berikutnya seperti sebulan 
dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian 
hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah 
sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami 
bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari 
yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup 
bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja 
(iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: 
Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu 
dgn menentukan kadar yg bersesuaian 
bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah 
supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari 
itu. Bukan mengikut perjalanan matahari 
seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah 
berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh 
pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang 
Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, 
dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang 
Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka 
masuklah waktu Asar, maka wajib kita 
sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu 
Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh 
seterusnya hingga habis hari yg panjang itu 
sama panjangnya dgn masa satu tahun dan 
bilangan sembah yang pun pada sehari itu 
sebanyak bilangan sembah yang setahun 
yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt 
utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, 
Allah memberikan kepadanya beberapa 
kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
  • Segala kesenangan hidup akan ada 
  • bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.
Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam 
akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau 
panjang selama 3 tahun berturut-turut. 
Pada tahun pertama hujan akan kurang 
sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua 
akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga 
hujan tidak akan turun langsung. Umat akan 
dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu 
Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka 
daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, 
ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu 
di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan 
bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi, 
perdagangan akan menjadi makmur dan stabil 
pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala 
penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..
mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan 
memiliki segunung roti (makanan) sedangkan 
org yg tidak percaya dengannya berada dalam 
kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. 
bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam 
yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?
”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang 
dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan 
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan 
menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah

  • Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama 
dengannya seumpama syurga dan neraka 
dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan 
menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji 
iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah 
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan 
Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg 
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
  • Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada 
pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini 
maka bolehlah kita mengatakan kepantasan 
itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan 
oleh tentera udara atau lebih pantas lagi dari 
pada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu 
kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami 
bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan 
perjalanannya diatas muka bumi ini? 
Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya 
adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” 
(hujan atau awan) yang dipukul oleh angin 
yang kencang.” H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat 
memasuki dua Bandar suci umat Islam 
yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

  • Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus 
membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah 
masa yg terbaik utk menyesatkan lebih 
ramai lagi anak cucu Adam a.s.


0 komentar:

Posting Komentar